Khamis, 28 Februari 2019

Daun Letup-letup & Daun Embang

Hmmm...agak lama dah tak update blog ni...agak berdebu sikit ye...tapi janji tak dilupakan. Hari tu aku cakap nak update pasal sayur yang aku beli kat pasar tamu. Mungkin ada yang kenal, ada yang tak. Jadi aku nak share-share jugak lah sini. Aku ni sememangnya suka sayur kampung. Lagi-lagi kalau yang jarang nampak tu aku memang suka mencuba. Ok, sekarang aku share gambar sayur-sayur tu sekali lagi ye.


1. Daun Letup-letup



Baik...ni nama dia daun letup-letup. Dulu aku tak tau ni boleh buat sayur pucuk dia. Tapi masa aku pergi market kat Serian, first time aku nampak orang jual ni. Jadi dari situ aku tau ni memang boleh buat sayur lah. Aku pun beli. First time rasa, sedap jugak. Ada pahit sikit-sikit je. Aku bukan tak kenal tumbuhan ni, cuma aku tak tau yang daunnya boleh dibuat sayur. Biasa makan buah dia jer. Sekali dah rasa, boleh tahan jugak. So, bila nampak je sayur ni, aku pun beli untuk kali kedua dan ketiga. Hehehe...
Menurut kawan aku, dalam bahasa Melayu Sarawak dipanggil daun cepak. Buat ulam sedap, katanya. I guess memang kena celur dulu lah kan.



2. Daun Embang



Seterusnya...ni nama dia daun embang. Kalau dalam Bahasa Iban dipanggil embawang atau mawang. Sama juga dalam Bahasa Bidayuh dipanggil mawang atau bawang. Kalau dalam Bahasa Melanau dipanggil pangin. Di Sabah pula dipanggil bambangan. Sedap daun ni dibuat ulam. Cicah dengan sambal belacan. Fuhhh...memang terangkat, beb. Rasa dia lebih kurang macam daun gajus bila kita ulam. Ada rasa masam-masam dan kelat, tapi aromatik. Aku suka bau dia juga, seolah-olah bau buah asam atau buah-buah kategori mangga ni la. Tapi ni memang kaum-kerabat mangga pun. Dulu disebabkan aku ni jenis ingat-ingat lupa, konfiden aku bagitau kawan ni daun gajus. Mentang-mentang rasa dan rupa lebih kurang kan...sebab aku first kenal daun gajus sebelum daun ni. Cuma yelah, lama-lama tu baru aku perasan yang bentuk daun agak lain sikit. Daun gajus tu kan agak membulat di hujung dia...huhu. Then, ditakdirkan plak aku jumpa artikel pasal daun embang ni. Baru aku sedar aku dah tersilap. Hahaha...itulah konfiden sangat. Bukan apa, aku ni kalau pasal sayur atau ulam-ulaman memang excited giler. Sampai ingatan pun bercampur-baur.

Ok, tu saje daripada aku untuk posting kali ni. Kalau ada peluang mencuba sayur-sayur ni, cubalah. Tak rugi...sambil-sambil kita menambah ilmu tentang makanan, lebih-lebih lagi sayuran tradisional atau lauk-lauk kampung.

Maybe next time aku share pulak resipi simple-simple berkaitan sayur ni ya.

Daaaa.....

Isnin, 11 Februari 2019

Cerita Pasar Tamu

Kalau korang nak tau, aku ni jenis suka pegi pasar tamu. Bukan apa, aku ni suka tengok sayur segar-segar. Geram tengok sayur-sayur tu. Tak tau lah, bagi aku macam satu terapi bila pegi pasar ni. Bila dah geram tu, macam nak beli semua. Tapi fikir-fikir jugak kan, beli banyak-banyak, siapa yang nak makan nanti...hahaha...tak boleh layan sangat perasaan tamak tu, walaupun geram sangat tengok sayur-sayurnya. Mana tak, aku ni kan penggemar sayur. Kalo makan tak bersayur tu, tak lengkap rasa hari aku.


So, semalam, aku baru balik dari hometown aku. Naik bas malam, sampai bahagian tempat aku keja ni, pagi dah. Bila dah sampai rumah, perkara pertama dalam otak aku, memang nak pegi pasar sebab aku memang tau dalam peti sejuk memang takda lauk dah. Apalagi...seronok plak rasa hati, nak cuci-cuci mata tengok benda hijau. 


Sampai tamu, tengok punya tengok tak tau pulak sayur apa nak beli. Rasa boring plak...last-last, ni lah yang aku beli. Hehehe...aku pantang tengok sayur 'pelik-pelik', ada je rasa nak cuba. Sebenarnya takdalah pelik sangat pun, cuma jarang dijumpai je. Nasiblah kalo jumpa. Ada time dia muncul. Lagipun, bukannya aku tak kenal sayur-sayur ni. Sayur kampung. Aku kalo lauk kampung, laju je...keh, keh, keh...😁😁😁


Ni lah sayur-sayur yang aku beli semalam. Buah pun ada jugak.



Kasi close up sikit


Ni satu lagi close up


Aku percaya, korang mesti pernah nampak sayur-sayur ni kan...mesti ada yang tau nama ni...kalo tak tau, nanti aku cerita lagi kat next posting...woraiitttt.

Ok, tu je. Selamat malam dan rajin-rajinlah makan sayur supaya sihat.😊

The Beginning


Test, test, test....ermm, ermm.


Hahaha...tak tau nak cakap apa...macam nervous ada jugak. Almaklumlah ni kali pertama...takut salah sana-sini...well, aku ni memang cepat gelabah punya orang. Aku nak mula blogging pun sebab aku suka berkongsi perasaan, minat dan pendapat melalui penulisan. Bagi orang yang ala-ala introvert ni memang sesuai lah kot. Hehehe...

Ermmm...apa lagi ek? Ok lah...aku rasa sampai sini je kot. Nanti aku sambung post. Nak kongsi cerita semalam...stay tune tau. Sebelum tu, siapa suka pegi market sayur atau pasar tamu??? Kalau suka, kita memang geng...hihihi.